Tuntutan Islam Menyuruh Kita Memadam Lampu Ketika Tidur Kini Diakui Oleh Ahli Biologi Dunia – Kenapa?


Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu hendak tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman “(HR.Muttafaq’alaih).

Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad moden ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Ahli biologi Joan Robert mendedahkan bahawa tubuh hanya boleh menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya.

Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

Orang yang tidur dalam keadaan gelap, maka tubuhnya dapat menghasilkan hormon ini.
Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan pengeluaran hormon melatonin terhenti ..

Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para saintis dari Barat. Pengaji menemui bahawa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh megaktifkan secara berlebihan sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahawa seseorg blh menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Subhanallah … demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah perubatannya baru terungkai.

Wallahu a’lam bish shawab.

Kongsikan ini wahai saudaraku agar saudara kita yang lain mengetahuinya …

Leave a Reply