Inilah Petua Agar Suara Merdu Ketika Mengalunkan Ayat-Ayat Suci AL-Quran.

Mempunyai suara merdu, apalagi untuk membaca Al-Quran adalah impian setiap orang. Rasulullah memerintahkan untuk memerindah suara ketika membaca Al Quran. Tentu saja, yang tidak kalah penting adalah mempelajari tajwid yang benar dan betul. Suara merdu tidak hanya untuk para qori’-qari’ah saja. Namun orang biasa pun boleh memiliki suara merdu ketika membaca Al-Quran.

Berikut ini ada beberapa tips penting bagi anda yang mahukan suara yang merdu.

Pertama, senaman secara rutin. Pita suara yang dilatih secara rutin dapat menghasilkan suara yang merdu dan indah. Anda boleh melatihnya setiap hari dengan bantuan seorang guru atau belajar sendiri dari kaset-kaset murattal / qira’ah.

Kedua, miliki gaya hidup sihat. Jangan merokok, minum alkohol, teh, kopi, dan minuman bergas serta ais batu secara berlebihan. Minum air putih yang banyak, dan jangan banyak makan makanan berminyak serta makanan pedas. Makanan dan minuman tersebut tidak baik untuk kesihatan peti suara anda.

Ketiga, jaga pola tidur. rehat dengan secukupnya. Rehatkan pita suara secara teratur dan cukup supaya menghasilkan suara yang jernih dan merdu.

Keempat, jangan berbicara yang tidak perlu. Bicara terlalu banyak, menjerit dan sebagainya boleh membuat pita suara keletihan. Jika anda bercakap di sebuah forum yang menuntut anda untuk bersuara keras, usahakan memekai alat pembesar suara.
Kelima, jaga agar tidak stress dan badan tetap fit. Stress juga berpengaruh terhadap daya tahan tubuh sehingga boleh membuat anda terdedah mengalami penyakit yang menyerang tekak anda. Rehat yang cukup dan kuatkan tubuh sehingga kesihatan anda lebih terjaga.

Demikian tips agar suara anda merdu ketika membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran yang merdu dapat menggetarkan hati para pendengarnya. Anda boleh memilikinya dengan menggunakan cara-cara di atas. Selamat mencuba.

Leave a Reply