Info Menafaat : Soalan !!! Apakah Berdosa Jika Membaca @ Menyentuh Al-Quran Tanpa Wudhu? Ini Jawapannya.

SOALAN :

Apakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu kita tiada wudhu’ umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur ?
Adi Putra

JAWAPAN :

Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu’, jika tidak berwudhu’ tidaklah berdosa. Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud:Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap saat.

Menurut Jumhur ulama diharamkan bagi orang yang junub membaca sesuatu dari ayat-ayat Al-Quran, ini berdasarkan hadis daripada Ali ra. Bahawa Rasulullah (SAW) tidak satupun yang menghalanginya dari Al-Quran kecuali janabat (Riwayat Ash Habus Sunan disahkan oleh Tirmizi)

Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang yang junub.

Sekian TERIMA Kasih.. Share Jika Bermafaat Untuk Anda Semua.

Leave a Reply