DOA MENAFAAT : AMALKAN 2 MINIT SETIAP MALAM, AGAR KITA TERHINDAR DARI AZAB KUBUR.

Dalam Al-Qur’an dan Hadis telah banyak digambarkan bagaimana pedihnya siksa azab kubur bagi manusia yang berdosa dan tidak beriman kepada Allah SWT.

Setiap yang bernafas pasti akan mengalami kematian, tak terkecuali manusia. Tidak ada makhluk ciptaan Allah yang akal kekal abadi, mereka semua akan mengalami kematian dengan waktu yang telah ditetapkan Allah.

Pedihnya siksa kubur bagi manusia yang berdosa banyak digambarkan dalam Al-Quran dan juga hadith. Setiap manusia yang banyak melakukan dosa besar semasa hidupnya didunia akan mendapat balasan berlipat ganda di dalam kuburnya.

Namun terdapat amalan yang dapat menjauhkan kita dari siksa azab kubur. Apa sajakah amalan itu? Dengan meluangkan masa selama 2 minit setiap malam, maka kamu akan terhindar dari azab kubur.

Sungguh sengsara bagi setiap manusia yang tidak beriman kepada Allah dan banyak melakukan dosa semasa hidupnya didunia kerana semua perbuatan manusia akan mendapat ganjaran di akhirat kelak bahkan didalam kubur pun juga telah ditunjukkan kepada mereka. Lalu apa doa agar terhindar dari siksa kubur?

Alam kubur merupakan alam penantian menuju akhirat tetapi dalam alam ini Allah telah memperlihatkan bagaimana ganjaran bagi setiap hambanya yang taat dan juga yang berdosa. Bagi setiap hamba yang taqwa dan beriman kepada Allah akan mendapat kemudahan kenikmatan seperti di syurga, tetapi bagi hamba yang membangkang dan banyak melakukan dosa semasa hidupnya akan mendapat siksa kubur yang amat pedih. Ada satu amalan

yang dapat menjauhkan setiap muslim dari siksa kubur iaitu cukup dengan membaca surat Tabarak iaitu surat ke 67 atau surat Al-Mulk setiap malam maka akan terhindar dari siksa azab kubur yang amat pedih. Luangkan masa kira-kira 2 minit sahaja setiap malam untuk membaca amalan penyelamat siksa kubur ini dengan khusu ‘dan meminta pertolongan kepada Allah dari azab kubur yang dapat mengintai kita.

Selain itu ada sebuah hadis yang menyebutkan bahawa membaca surat Sajadah juga dapat menghindarkan kita dari pedihnya azab kubur. Namun banyak riwayat yang menyebutkan bahawa amalan yang dapat menghindarkan kita dari azab kubur adalah dengan membaca surah Al-Mulk dimalam hari.

Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi telah menceritakan bahawa sebahagian sahabat Rosul telah mendirikan perkhemahan diatas tanah perkuburan tanpa sengaja dan mereka membaca surah Al-Mulk hingga selesai, para sahabat itu menceritakan akan hal itu kepada Rasul dan beliau pun menjelaskan bahawa surah yang telah dibaca para sahabat itu adalah surah yang dapat menjadikan penghalang dari siksa kubur yang amat pedih.

Jika kita ingin terhindar dari siksa kubur maka luangkanlah masa hanya kira-kira 2 minit untuk membaca surah Al-Mulk disetiap malam maka Allah akan menjauhkannya dari siksa kubur. Inilah doa dijauhkan dari siksa kubur yang boleh kita amalkan. Tetapi kita tidak hanya mengamalkan amalan ini sahaja tetapi kita juga harus memperbaiki kualiti iman dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan meningkatkan kualiti ibadah serta selalu menjauhi larangan-Nya dan mematuhi semua perintah-Nya.

Setiap manusia di dunia ini pasti tidak luput dari dosa dan juga kesalahan dan hal ini boleh menjerumuskan kita kedalam siksa kubur dan juga siksa api neraka, kerana hal itulah maka sebaiknya kita berusaha untuk memperbaiki kualiti iman dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT serta meluangkan masa untuk membaca surah Al-Mulk agar terjaga dari azab kubur.

Leave a Reply